Saturday, 18 February 2012

Tazkirah #11- Doa

Doa punyai susunan keutamaan yg sering kali kita terlps pndang.
Nabi Ibrahim as tlh mngajar kita cara mmanjatkan doa kpd Allah brdasarkan susunan keutamaan.
Doa nabi Ibrahim: " Wahai Tuhan kami, sesungguhnya keturunanku di sebuah lembah (tanah suci mekah) yg tidak mmpunyai tumbuhan, disisi rumahMu yang dihormati.wahai Tuhan kami,(dgn itu) supaya mereka mndirikan solat.oleh sebab itu, jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kpd mereka (dtg beramai ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kpd mereka dprd pelbagai jenis buah2an, mudah mudahn mereka bersyukur."( surah ibrahim 14:37)

Dr ayat ini, nabi ibrahim berdoa dgn mnyusun keutamaan spt berikut:
1. Spiritual -agar konsisten tunaikan solat
2- sosial - agar hati manusia cenderung kpd mereka
3- agar mereka mndpt mknn yg terbaik (buah buahan)

So dr segi berdoa, kita hndaklah mnyusun priority doa2 itu mngikut:

1-permohonan berkaitan spiritual manusia
: manusia sntiasa dahagakan keperluan spiritual, maka solat adalah salah satu cara memenuhinya
: mulakan doa kita dgn perkara brkaitan iman n amal spt agar Allah jadikan kita org yg kekal tunaikan solat.

2- doa yg berkaitan aspek sosial, iaitu agar disukai manusia dan keluarga
: fitrah manusia ialah makhluk saling mmrlukan interaksi satu sama lain
: banyak ibadah yg perlu dilakukan secara jemaah dan perlukan kesatuan hati manusia

3- permohonan berkaitan keperluan fizikal spt rezeki
: apabila meminta nikmat Allah, mintalah nikmat yg paling baik dan kaitkan nikmat itu dgn berbuat taat kpd Allah.

Kesimpulan:
Utamakan doa2 berkaitan urusan agama dan kehidupan akhirat dulu slps itu barulah minta perkara berkaitan urusan keduniaan.

Doa trhadap prkara akhirat juga perlu lebih byk brbanding perkara dunia.

Jgnlah kita jadi muslim yg buta akhirat, iaitu muslim yg mata hatinya dibutakan oleh kesibukan duniawi hingga tertutup drpd melihat akhirat.

Sesiapa yg bekerja hanya utk dunia, spnjg hidupnya dia akan selalu merasa kekurangan, wpun tubuh telah penat bekerja.

Fokus dan misi kehidupan seseorg byk tergambar pd kndungan doanya.jika kita memahami keutamaan kehidupan akhirat, kita akan lebih byk meminta utk perkara itu.

Org yg bervisikan akhirat akan sentiasa berdoa utk keutuhan iman, ketetapan agamanya dan kesejahteraan hidup di sana.

Terima kasih nurul
Jazakallah..

No comments:

Post a Comment