Monday 23 April 2012
Tazkirah #36 - 7 Wasiat Nabi SAW
Wednesday 11 April 2012
Tazkirah #35 - Takut untuk berubah
src :: http://forum.saffmuslim.com/viewtopic.php?f=41&t=539
Tazkirah #34 - Orang-orang yang bertakwa dan sengsara
Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada menonton video ceramah Ustaz Kazim berkenaan Orang-orang yang bertakwa dan sengsara. Video boleh di dengari di bawah dan kandungan ceramah yang saya dapat boleh di baca di bawah sekiranya anda tidak mahu mendengar dari video. Tapi video die memang menarik dan praktikal. So enjoy :)
Kandungan Ceramah
Bagaimana menjadi org bertakwa
1) Hati yg mengenali Allah, sentiasa ingin memberi kepada manusia lain
2) Hati yang tidak mengenal Allah dan berpaling dari ajaran Rasulullah SAW
1) Telingar yg Gemar mendengar wahyu Allah, gemar mendengar bacaan AlQuran dan hadis, aktif mendengar kebaikan dan kebajikan dan actif dlm majlis majlis zikir.
2) Telinga yg berpaling dari hal di atas seperti mendengar segala sesuatu yg menjauh dan memalingkan die daripda Alalh dan melihat Tuhan murka kepadanya.
1) Berkata yang penuh kebijaksanaan, lidah yang berkata kebenaran walaupun pahit
2) Berkata yang tidak benar, berkata yang mengajak ke arah kemungkaran
Sekian dengan ceramah ini. Sangat recommended untuk menonton ceramahnya yang lain. saya akan cube letakkan beberapa kandungan pendek untuk video-video yang saya tonton ya :)
Tazkirah #33- Kewangan dan Kerja
Tazkirah.... Jika gaji kita rm5000 tapi kita kerje kuat seperti gaji rm20000, Allah SWT akan beza rm15000 tu dalam bentuk duit anak soleh hidup bahagia, atau lain lain. Jika gaji kite rm5000 tp malas berkerja mcm gaji rm2000 beza rm3000 tuh Allah tarik dlm bentuk kecurian kesusahan anak nakal dan lain lain. Mari bersungguh dlm sesuatu pekerjaan yg baik. Wallahualam
Jazakallah mastura
Tazkirah #32-Orang Munafik
Sekadar ingin berkongsi ilmu.
nabi saw bersabda batas antara kita dengan orang munafik adalah menghadiri solat isyak dan subuh.ini kerana orang munafik tidak sanggup menghadiri kedua solat tersebut.riwayat lain menyatakan bahawa solat terberat bagi orang munafik adalah subuh dan isyak.padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut,tentu mereka akan mendatanginya walaupun merangkak.diriwayatkan dari abdullah bin mas'uud iaitu kami melaksanakan solat subuh berjemaah bersama nabi saw dan tidak ada yang tidak mengikut serta selain orang yang sudah jelas kemunafikannya.ibnu umar pula meriwayatkan apabila kami kehilangan seseorang dalam solat subuh dan isyak,kami berprasangka tidak baik kepadanya.
Jazakallah zarit
sumber :: Keajaiban Solat Subuh - susunan Yahya Nuryadi
Tuesday 20 March 2012
Tazkirah #29 - Mandi Wajib
1) berjimak - apabila bertemu 2 kmaluan zakar ke dlm faraj wajib mandi. Setakat gentel2 ( selain guna kemaluan) takpelah..khusus untuk mastura n ro, dn sesiapa yg berkahwin. Oh ini nikmat....
2) keluar mani SENGAJA TAK SENGAJA tetap kne mandi- sengaja tuh mcm mana? Mcm masturbation/ onanism.
3) Mati
4) haid
5) nifas - darah lpas bersalin
6) wiladah - bersalin
Jadi mcm mne mandi wajib yg baik??
Seperti tazkirah-tazkirah yg lalu, dr ro kot. Ke zarit. Setiap ibadah hndaklah sebaik2 nya ikut jejak rasulullah.al- bukhari dan muslim drod aisyah rha meriwayatkn sbuah hadis cara rasulullah mandi ---> apabila nabi saw mndi dr janabah, baginda mulakan dgn basuh kedua tgn. Kemudian baginda mencurahkn air dgn tgn kanannya ke atas tangn kirinya lalu mmbasuh kemaluannya. Kemudian baginda berwuduk sbgaima wuduk solat. Kemudian baginda masukkan jarinya ke dlm air lalu menyelati dgnya pangkal rambutnya. Kemudian mncurah air atas kepala ke seluruh kulitnya 3x cebok.
Jd masa nk mandi, niat hadas besar DAN NAK IKUT SUNNAH RASULULLAH.
Tok wanita rasulullah ckp sunat pkai kasturi atau bnda wangi tok basuh darah n bau. Caranya calit wangian tuh kat kapas n calitkan ke dlm kemaluan.
Ok ingat ye, nk mandi wajib pun niat nk ikut sunnah rasulullah. Ro, kita hari2 mandi wajib. Untung kat kite nih. Hihihihi. Ok selamat beramal!!
Love u.
Terima kasih mastura
Jazakallah..
Tuesday 13 March 2012
Tazkirah #30 - Kaitan Telaga Kauthar & Sunnah
We would like to say thanks to Rohani for her tazkirah.
Her tazkirah for her day is here
Jazakallah Rohani ♥
Tazkirah #29 - Mari Menjadi Wanita Syurga
Thursday 8 March 2012
Tazkirah #28 - Mengenal sujud sajdah
Korang perasan tak masa baca Al-Quran kn tetiba jumpa ayat ada baris panjang pastuh last ayat tuh ada tanda mcm kubah masjid. Haaa itulah dia. Sunat Sujud....
Sujud tilawah/ sajadah adalah sujud apabila org lain mmbaca ayat2 tertentu dlm alQuran.sujud ini disunatkan apabila yg mmbaca itu smpi ke tmpt yg ditentukan. Yang pndengar pun sunat sujud klo tengok yg baca tuh sujud.
Rukun sujud tilawah: (diluar solat)
1. Niat
2. Takbiratulihram
3. Sujud
4. Memberi salam smsa duduk
Syarat sujud tilawah:
1. Suci dr hadas kecil/ besar
2. Tutup aurat
3. Ngadap kiblat
Ada 15 tempat dan ayat yg sunat sujud tilawah.
Bila sampi pd ayat tuh maka terus lah sujud dan baca
"sujudlah muka ku terhadap Allah yg mnjadikannya, mmbentuknya, mmberi pndengaran, penglihatan, dgn keupayaan dn kekuatannya. Maka berkat Allah sebaik baik pencipta"
(klik sini untuk bacaan dalam bahasa arab)
Sabda Rasulullah SAW " apabila anak adam mmbaca ayat sajadah, lantas ia sujud maka larilah syaitan sambil mnangis dan berkata "Hai celakalah anak adam disuruh sujud maka mereka akan sujud maka mereka akan masuk syurga, dan aku disuruh sujud aku enggan maka bg aku api neraka"
Lepas habis sujud tuh, sambung jer bacaan quran smpi habis.
Lagi satu kalo time solat, jemaah ngn imam or sendiri, sampi jer bce kt bacaan tuh, terus sujud. Pastuh bgun balik. Sambung ayat smpi habis. Teringat dulu time terawih ngn zarit zura n nurul. Panik jap semua terus sujud tp takde rukuk, iktidal semua. Bru teringat oooo sujud sajadah.
So korang mari kita mmperaktiskan, nampak jer ayat tanda kubah masjid ngn baris panjang kat bawah, moh ler sujud.
Nak baca doa lain2 pun dokpe.....
Sekian, wallahualam
Jazakallah
Terima kasih mastura
Wednesday 7 March 2012
Tazkirah #27-kebaikan surah- surah
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG..SYAITAN ada di mana2
Jazakallah..
Terima kasih rohani..
Monday 5 March 2012
Tazkirah #23 - Keutamaan Taat
ok ini takirah saya all my sayangs.
Dirawikan dari ba'dhus salaf,Allat swt berkata.."Kumemiliki hamba yang menyukaiKu dan Aku menyukai mereka.Mereka merinduiku dan aku merinduinya.mereka mengingat dan memandangKu,Aku mengingat dan memandang padanya.jika kau tmpuhi jalan mereka,aku akn suka pdmu.jika kau mnjauhi mereka,aku mmbencimu"
Dia berkata,' Tuhan,apakah tanda-tanda mereka?'.
Allah berkata,"Mereka menjaga malam dgn siang sepert pengembala menjaga kambingnya.merindukan terbenam matahari(malam) sepert burung merindukan.sarangnya.manakala malam telah tiba,keluarga telah tidur dan para kekasih menmui kekasihnya,maka mereka kan nikmat dn bermunajat kepadaku.kadang menjerit,kadang menangis,dan.kadang meratap.kadang berdiri,kadang duduk,kadang rukuk,kadang sujud.Semua itu mereka lakukan utk keagungan dan kecintaan ku. Maka kuberi mereka 3 hal. Ku berikan nur dlm hati mereka hingga mereka mengetahuiku.Jika langit dan bumi dan isinya dalam timbangan mereka, Maka ringanlah bg mereka.dan ketiga,kuhadapkan wajahKu pd mereka"
subhanallah...jadi rakan2 tersayang,marilah kite cuba memberi.yg terbaik kepada Allah..kerana hanya untuk.dia tujuan kita hidup dan kepada die kite kembali..betapa banyak Allah telah beri pd kite dengan penuh kasih sayang dan perhatian.;)
sumber - Penenang Jiwa Imam Al Ghazali
Jazakallah
By Ilya
Tazkirah #24- Doa untuk ibubapa
-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
Tubuh bdn kita yg sihat ni adalah hasil keringat dan penat lelah mereka.mereka sanggup menahan lapar dan dahaga utk kita.bila kita sakit,mereka lah org pertama yg sibuk mencari duit utk membawa kita berjumpa doktor.ingat tak masa kita nak daftar sekolah,mereka yg sibuk siapkan sarapan,gosokkan baju,sikatkan rambut.patu sanggup berbaris pnjg utk dptkn giliran mendaftar.
Masa dulu2,kalau bawa duit 50sen tu dah dianggap plg kaya kat sekolah.tu pun sebab kita yg paksa diaorg kasi.ni sume nak megah nya pasal.mana yg ada adik beradik ramai,beg baju sume turun temurun.kalau koyak,ayah akan g kedai nak belikan jarum benang.patu mak tolong jahit
Kalau doktor gigi datang,sume takut.so mak la akan pujuk "eh pergi la check gigi tu.kan percuma.mak xmampu nk bawa ke klinik". Ayah pula " haaa,nanti dah besar,leh jadi doktor gigi.leh check gigi ayah".
Jadi,jgn lupa ye utk mendoakan mereka after solat.doakan sekali agar diaorg dpt melepasi titian sirat dgn sempurna.doakan juga agar mereka dpt meneguk sedikit air dr telaga al kausar spy xdahaga utk selamanya.saya sayangkan kamu wahai ibu dan ayah.jumpa di syurga ok.saya ada tanamkan pokok untuk kamu.love love
Hadith of the Day The Prophet (may Allah's blessings and peace be upon him) prayed for so long in the night in standing posture that his feet got swollen up. His companions said to him, "O Prophet of Allah! Why do you exert so much when Allah (The Glorified and the Exalted) has forgiven you all sins." The Prophet (may Allah's blessings and peace be upon him) replied, "Should I not be a grateful servant of Allah?" (Bukhari, Muslim) So beautiful. Please share this amazing Hadith from our amazing Prophet (peace be upon him)
Jazakallah..
By zarit
Tazkirah #25-makbulnya doa
Sayang2 ku...pendek sahaja tazkirah kita
Bila Allah makbulkan doamu, maka Dia menyayangi mu. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.
Jadi rakan-rakan, mari kita same same sentiasa berdoa dan berdoa. Saya berdoa kita semua sentiasa diberi cahaya hidayahNya dan jika kita semua kembali kepada Allah, kite dikembalikan dalam keadaan beriman. Amin
Korang, tahukah anda dgn mlakukan solat sunat hari sabtu mendapat pahala haji dan umrah?diangkat kan oleh Allah baginya dgn tiap2 huruf akan pahala puasa setahun siangnys dan pahala ibadah setahun pd mlmnya. Tiap huruf yg dibaca dpt pahala org syahid dan ua adalah di bwh naungan Arasy Allah bersama para Nabi dan org syahid.
Saya ingatkan tok saya n smua skali kite buat solat sunat hari sabtu. Amin. Waalahualam...
Jazakallah..
By Mastura
Tazkirah #26-Senyum
Maaf rakan2..tazkirah sabtu yg tertangguh ..a short one title 'senyum' ..Senyumlah dan harimu akan menjadi lebih indah. Senyumlah dan teman2mu akan tersenyum juga, dan hari mereka akan menjadi lebih indah juga. Senyumlah dan dunia juga akan tersenyum kepadamu. Jika seseorang tersenyum kepada saya hari ini, maka saya akan mulai tersenyum juga. Jika saya tersenyum di ujung sana, maka akan ada seseorang yang melihat senyuman saya di ujung yang lain.
Maka senyumlah selagi mampu bilemana sebuah senyuman mampu membawa cetusan bahagia buat kita n org sekeliling
Tentang senyum;
Ia sederhana, tapi dahsyat luar biasa.
Ia kecil, tapi bermakna raksasa.
Ia mudah, tapi sangat berharga.
Karenanya,....
Tersenyum lah saudara
Nikmati keajaiban-keajaiban dalam hidup anda.
Dan...
Bagikanlah keajaiban bagi hidup sesama kita.
Jazakallah
Thank you zura
Friday 2 March 2012
Tazkirah #22-tanda tanda kematian
Assalamualaikum gegerls,
Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang tanda-tanda kematian sebagaimana yang telah saya baca dari sebuah website. Pendek kata, saya telah mengcopy and paste sahaja ya. Maafkan saya.. saya mulakan sekarang..
Adapun tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian ,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali Kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahualam..
Okay korang, I takut sebab I asik rasa sejuk sekarang, jika ditakdirkan I meninggal dunia tak lama lagi, maafkan I dari hujung kaki sampai hujung rambut, jangan lupakan i dalam doa korang k…bgtau I kalau I ada hutang dengan korang..
I pon nak minta maaf sempena nak pergi umrah ni…nnti I cakap personally k dgn sorang2..doakan pemergian kitorang selamat dan mendapat umrah yang mabrur…
Sayang korang semua…
Terima kasih nurul T_T
Jazakallah..