Monday 23 April 2012

Tazkirah #36 - 7 Wasiat Nabi SAW

Bismillah

Rakan-rakan, ini adalah summary talk dari Ustaz Kazim yg i dengar.
Di bawah adalah 7 wasiat nabi kepada kita.

1) Mencintai orang-orang miskin dan mendekatkan diri dari mereka
2) Memandang orang dibawah daripada memandang orang di atas
3) Menyambung hubungan kekeluargaan sekalipun ia menjauhi
4) Menyebut 'La haulawala kuwata'illabilla hil'aliyil'azim' - tiada daya upaya selain mengharapkan pertolongan Allah
5) Hendaklah bercakap benar walaupun pahit
6) Tidak mengambil risiko menentang hukum Allah
7) Jangan meminta apa-apa daripada orang akan semata apa pon

Huraian sepenuhnya anda boleh dengar daripada clip video ni. Ustaz Kazim explain dengan lebih mendalam dan mudah difahami. Bila kita faham wasiat Rasulullah SAW, InsyaAllah kita ade direction dalam kehidupan.

InsyaAllah.

More next to come :)

Jazakallah

Wednesday 11 April 2012

Tazkirah #35 - Takut untuk berubah

“ Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi. Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Setiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya. Kejayaan tidak akan diraih dengan kesenangan,mahupun kenikmatan. Ini kerana kedua-dua itu hanya akan datang selepas keperitan, kesusahan dan kesengsaran.”


src :: http://forum.saffmuslim.com/viewtopic.php?f=41&t=539

Tazkirah #34 - Orang-orang yang bertakwa dan sengsara

Bismillah

Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada menonton video ceramah Ustaz Kazim berkenaan Orang-orang yang bertakwa dan sengsara. Video boleh di dengari di bawah dan kandungan ceramah yang saya dapat boleh di baca di bawah sekiranya anda tidak mahu mendengar dari video. Tapi video die memang menarik dan praktikal. So enjoy :)


watch more in youtube

Kandungan Ceramah
Bagaimana menjadi org bertakwa

1)   Allah menyebut dalam surah Al-Haj, 2 manusia bertengkar soal ketuhanan. Umat yg baik menganggap Allah sebagai tuhan, tapi org yg tak baik ingin menggunakan kalimah Allah. (huraian tentang agama yang lebih panjang)
2)   Agama ialah beberapa pertuturan, perkataan, peraturan yg dtg dr Allah kepada nabinya untuk disampaikan kpd umat manusia
3)   Penerimaan kepada agama adalah Islam, penyerahan kepada agama adalah Islam. Islam bermakna penyerahan dan penerimaan keseluruhan
4)   Hukum ialah peraturan
5)   Syarak ialah ketetapan tuhan yg melibatkan ketetapan undang undang
6)   Hukum Syarak – keputusan undang-undang


Mata terdapat 2 jenis
1    1) Mata yg kenal Allah, menangis kerana takut Allah, sentiasa merenung kebesaran Allah dan memikir     perihal makhluk2 Nya
2    2) Mata yang selalu melihat kepada yang haram. (ie suka mencari aib org, melihat perkara haram,gemar tgk maksiat). Mata ini akan menangis di hari kiamat.manusia yg menangis di dunia, akan byk ketawa pada hari kiamat

Hati terdapat 2 jenis  
1)  Hati yg mengenali Allah, sentiasa ingin memberi kepada manusia lain
       a. Kenapa sembahyang tidak khusyuk – kerana hati tidak hadir ketika sembahyang.orang yg khusyuk membimbing hati ketika solat. Cara hendak menghadirkan hati dlm solat – bayangkan Allah sedang perhati dan bawa hati ikot pada pergerakan solat
       b. Tidak di jadikan dua hati kepada satu manusia (focus)
      2)  Hati yang tidak mengenal Allah dan berpaling dari ajaran Rasulullah SAW



Telinga terdapat 2 jenis
1) Telingar yg Gemar mendengar wahyu Allah, gemar mendengar bacaan AlQuran dan hadis, aktif mendengar kebaikan dan kebajikan dan actif dlm majlis majlis zikir.
2) Telinga yg berpaling dari hal di atas seperti mendengar segala sesuatu yg menjauh dan memalingkan die daripda Alalh dan melihat Tuhan murka kepadanya.



Lisan
1) Berkata yang penuh kebijaksanaan, lidah yang berkata kebenaran walaupun pahit
2) Berkata yang tidak benar, berkata yang mengajak ke arah kemungkaran


Sekian dengan ceramah ini. Sangat recommended untuk menonton ceramahnya yang lain. saya akan cube letakkan beberapa kandungan pendek untuk video-video yang saya tonton ya :)

      Jazakallah

Src:: Youtube Ustaz Kazim





Tazkirah #33- Kewangan dan Kerja

Bismillah

Tazkirah.... Jika gaji kita rm5000 tapi kita kerje kuat seperti gaji rm20000, Allah SWT akan beza rm15000 tu dalam bentuk duit anak soleh hidup bahagia, atau lain lain. Jika gaji kite rm5000 tp malas berkerja mcm gaji rm2000 beza rm3000 tuh Allah tarik dlm bentuk kecurian kesusahan anak nakal dan lain lain. Mari bersungguh dlm sesuatu pekerjaan yg baik. Wallahualam

Jazakallah mastura

Tazkirah #32-Orang Munafik

Bismillah




Sekadar ingin berkongsi ilmu.
nabi saw bersabda batas antara kita dengan orang munafik adalah menghadiri solat isyak dan subuh.ini kerana orang munafik tidak sanggup menghadiri kedua solat tersebut.riwayat lain menyatakan bahawa solat terberat bagi orang munafik adalah subuh dan isyak.padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut,tentu mereka akan mendatanginya walaupun merangkak.diriwayatkan dari abdullah bin mas'uud iaitu kami melaksanakan solat subuh berjemaah bersama nabi saw dan tidak ada yang tidak mengikut serta selain orang yang sudah jelas kemunafikannya.ibnu umar pula meriwayatkan apabila kami kehilangan seseorang dalam solat subuh dan isyak,kami berprasangka tidak baik kepadanya.
Jazakallah zarit

sumber :: Keajaiban Solat Subuh - susunan Yahya Nuryadi

Tuesday 20 March 2012

Tazkirah #29 - Mandi Wajib

Seperti yg kita tahu, perkara2 yang mewajibkn mandi adalah
 
1) berjimak - apabila bertemu 2 kmaluan zakar ke dlm faraj wajib mandi. Setakat gentel2 ( selain guna kemaluan) takpelah..khusus untuk mastura n ro, dn sesiapa yg berkahwin. Oh ini nikmat....
2) keluar mani SENGAJA TAK SENGAJA tetap kne mandi- sengaja tuh mcm mana? Mcm masturbation/ onanism.
3) Mati
4) haid
5) nifas - darah lpas bersalin
6) wiladah  - bersalin

Jadi mcm mne mandi wajib yg baik??
Seperti tazkirah-tazkirah yg lalu, dr ro kot. Ke zarit. Setiap ibadah hndaklah sebaik2 nya ikut jejak rasulullah.al- bukhari dan muslim drod aisyah rha meriwayatkn sbuah hadis cara rasulullah mandi ---> apabila nabi saw mndi dr janabah, baginda mulakan dgn basuh kedua tgn. Kemudian baginda mencurahkn air dgn tgn kanannya ke atas tangn kirinya lalu mmbasuh kemaluannya. Kemudian baginda berwuduk sbgaima wuduk solat. Kemudian baginda masukkan jarinya ke dlm air lalu menyelati dgnya pangkal rambutnya. Kemudian mncurah air atas kepala ke seluruh kulitnya 3x cebok.
Jd masa nk mandi, niat hadas besar DAN NAK IKUT SUNNAH RASULULLAH.
Tok wanita rasulullah ckp sunat pkai kasturi atau bnda wangi tok basuh darah n bau. Caranya calit wangian tuh kat kapas n calitkan ke dlm kemaluan.
Ok ingat ye, nk mandi wajib pun niat nk ikut sunnah rasulullah. Ro, kita hari2 mandi wajib. Untung kat kite nih. Hihihihi. Ok selamat beramal!!
Love u.


Terima kasih mastura
Jazakallah..

Tuesday 13 March 2012

Tazkirah #31 - Story of Moses

Tazkirah ini telah ditulis dalam blog roe.
Sile klik di sini untuk membacanya.

Jazakallah Rohani. ♥